Berdasarkan senario politik sekarang, saya yakin semua parti mempunyai peluang sama rata untuk menang dan hanya calon pemimpin yang benar-benar berwibawa dan bertanggungjawab akan menjadi pilihan rakyat.

Sehubungan itu, pemilihan calon yang mewakili parti harus dibuat secara bijak kerana rakyat akan menggunakan kuasa mereka sepenuhnya untuk menentukan kepemimpinan negara.

Pendek kata, wakil rakyat yang bersih, cekap, efisien serta bebas rasuah sahaja mempunyai peluang cerah dalam kancah politik tanah air pada masa depan.

OUI BIN SAL

Tanah Merah, Kelantan