Rata-rata pekerja swasta terutamanya di sektor perkilangan dikatakan terpaksa bekerja lebih lama daripada kadar waktu tersebut berbanding sektor-sektor lain.

Terdapat gesaan agar waktu bekerja itu dirombak semula, bagaimanapun kita di Malaysia berpandu jam bekerja dan bukannya berdasarkan bilangan hari?

Saya memetik laporan sebelum ini yang menyatakan waktu jam bekerja ditetapkan adalah 48 jam iaitu lapan jam untuk enam hari bekerja dengan satu hari rehat.

Di sini perlunya kerjasama di antara pekerja dan majikan bagi menyusun dan menentukan jadual waktu bekerja serta aturan syif.

Ada juga pihak swasta yang menetapkan hanya empat hari waktu mereka bekerja, namun tetap memenuhi jumlah jam yang ditetapkan iaitu 48 jam.

Tiada satu ketetapan yang kukuh kerana kebanyakan hal tersebut adalah berdasarkan persetujuan dan rundingan dua hala antara pekerja dan majikan untuk menukar jadual dan hari bekerja agar bersesuaian dengan operasi syarikat dan produktiviti.

Pihak-pihak terbabit perlu melihat kepada perkara ini kerana kita memerlukan satu aturan yang menyeluruh agar kebajikan pekerja dapat diutamakan dan tidak hanya semata-mata memenuhi kepentingan dan keperluan syarikat atau jabatan semata-mata.

UTAMAKAN KEBAJIKAN

Puchong, Selangor