Contohnya, di Amerika Syarikat, harga minyak tidak terikat sangat dengan kadar pasaran semasa dan pengusaha stesen minyak boleh bersaing sesama mereka dengan membuat tawaran harga lebih murah mengikut kemampuan masing-masing.

Kaedah sedemikian lebih menguntungkan pemilik stesen minyak kerana boleh menarik kedatangan lebih ramai pelanggan walaupun menjual bahan api itu di bawah harga pasaran.

Satu cara lain yang boleh juga diperkenalkan adalah membenarkan syarikat minyak bersaing sesama mereka untuk menawarkan harga lebih murah daripada kadar pasaran.

SYED ABDULLAH 
SYED OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan, Seremban