Sesungguhnya, masalah tidak puas hati dalam kalangan veteran tentera ini bukan isu baharu malah telah lama ditimbulkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan sebelum kerajaan terdahulu lagi.

Calon Pas berkenaan meminta pihak media menyampaikan cabaran tersebut untuk berdebat sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Biasanya, pihak Anwar sendiri dijangka tidak akan melayan cabaran debat seumpama itu kerana jika dilayan, keadaan tentu menjadi berserabut.

Ini kerana idea yang masing-masing bakal lontarkan nanti pasti berkecamuk.

Sesiapa sahaja yang jadi calon dalam PRK sanggup membuat pelbagai idea atau saranan termasuklah tuduh-menuduh dan prasangka buruk antara satu sama lain. Ini perkara biasa selepas selesai penamaan calon.

Hanya mereka yang berani melawan arus sahaja akan mencapai kejayaan dalam apa sahaja bidang dan kerjaya sekali pun. Mereka yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara hanya boleh merungut secara berpanjangan.

PENGUNDI PENING

Port Dickson