Cuba lihat rangkaian restoran seperti Nando’s, Tony Roma’s dan TGI Fridays. Pekerja dan pelayan di rangkaian restoran tersebut fasih bertutur bahasa Melayu dan Inggeris. Secara tidak langsung memudahkan pelancong mahupun orang tempatan membuat pesanan.

Saya syorkan pihak restoran berkenaan mengambil beberapa orang pekerja tempatan kerana rata-rata saya lihat pekerja-pekerjanya berasal dari Filipina dan Indonesia. Ini cuma cadangan dan pandangan daripada saya.

Apa pun diharap syor ini dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak restoran berkenaan demi kebaikan bersama.

SUKA SEAFOOD
Kuala Lumpur