Perkara sama turut diperhatikan berlaku di kedai serbaneka 24 jam melibatkan pekerja Islam yang terlibat dengan proses mengangkat, menyimpan, menyusun dan mengurus pembayaran minuman keras.

Berbanding di beberapa pasar raya besar yang mengasingkan sepenuhnya pengurusan dan pembayaran untuk minuman keras, masalah serupa di kedai runcit dan kedai serbaneka ini seolah-olah diabaikan sepenuhnya pihak berwajib, apatah lagi majikan bukan Islam.

Sudah dinyatakan umat Islam langsung tidak boleh terlibat dengan arak sekalipun memandu lori membawa arak, bukan sekadar dilarang minum minuman beralkohol.

Adakah terdapat umat Islam rakyat kelas kedua sehinggakan majikan boleh memaksa mereka bergelumang dengan urus niaga minuman keras?

AYAH TUA

Gombak, Selangor