Ini khususnya sekitar jalan-jalan utama di Kuala Lumpur kerana bendera serta gambar calon pilihan raya dipasang pada lokasi dan kedudukan yang menghalang penglihatan pemandu sehingga menyukarkan mereka keluar dan masuk simpang.

Lebih berbahaya apabila wujudnya titik buta akibat pemasangan bendera dan gambar calon ini sehingga hampir menyebabkan kemalangan antara kereta dan motosikal yang kerap keluar atau masuk simpang tanpa berhenti terlebih dahulu.

 

NURUL SYAHIRAH

Kampung Baru, Kuala Lumpur