Malah, sambutan bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama, darjat mahupun ideologi politik membuktikan rakyat Malaysia lebih bijak membezakan antara nilai patriotisme kebangsaan dan retorik politik.

Namun, saya sedikit jelik bila ada pihak yang cuba menyelitkan unsur perpecahan dengan mendakwa perkataan ‘merdeka’ tidak boleh digunakan langsung kerana dikhuatiri ‘mengguris perasaan’ pihak tertentu.

Apa pun yang dimaksudkan, rata-rata rakyat Malaysia tetap melaungkan ‘Merdeka’, memainkan lagu merdeka dan menyatakan kesyukuran lahir dalam sebuah negara daulat merdeka.

Terima kasih kepada semua pemimpin terdahulu tanpa mengira ideologi kerana telah membentuk negara dan rakyat berdikari dalam berdepan pelbagai warna-warni dunia.

Saya cuma berharap para pemimpin baharu yang mewarisi tanggungjawab berat tidak mengambil mudah atau pun menyalahgunakan kuasa. Jangan sesekali melayan rakyat umpama ‘budak kecil’ kerana ‘merdeka’ itu banyak makna tersiratnya.

 

ANAK MERDEKA

Rawang, Selangor