Ini kerana sekurang-kurangnya enam buah lori besar diletak pada satu-satu masa atau terus tidak beralih kedudukannya hingga berminggu-minggu.

Ia melindungi pandangan orang ramai ke sebelah kanan ketika mahu melintas jalan raya sekali gus dikhuatiri boleh menyebab pejalan kaki dilanggar kenderaan lain di laluan tersebut.

Justeru itu, saya memohon pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta agensi penguat kuasa lain terutama Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), turun segera ke lapangan untuk bertindak tegas terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik lori sewa berkenaan.

Saya perhatikan perbuatan pemilik lori sewa itu sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan utama sekitar Pandan Jaya dan ia sudah lama terbiar.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh PBT mahupun agensi penguatkuasaan lain.

Ini termasuk tiada papan tanda notis larangan dan denda kepada kenderaan berat meletakkan kenderaan di parkir kereta atau bahu jalan.

PEJALAN KAKI

Pandan Jaya