Salah satu laluan rosak teruk akibat kecuaian kontraktor atau syarikat utiliti ini adalah Jalan Sentul di Kuala Lumpur berdekatan simpang tiga Jalan Dato’ Senu (berdepan Stesen Minyak Petron).

Sesiapa yang melalui jalan itu akan berasa marah selain mengundang risiko kerosakan dan nahas terutama sekali terhadap penunggang motosikal. Bagaimana DBKL berwawasan mahu jadikan Kuala Lumpur bandar raya maju jika jalan pun tidak berkualiti, rosak teruk dan tidak diurus dengan baik?

PENUNGGANG MARAH

Sentul, Kuala Lumpur