Tindakan pengemis dipercayai warga asing itu bukan sahaja membahayakan dirinya, bahkan pemandu kenderaan yang melalui kawasan tersebut, lebih-lebih lagi operasi mengemis dilakukan selepas pukul 12 tengah malam.

Kali pertama saya terserempak pengemis terbabit pada bulan lepas, juga sekitar waktu sama. Ketika itu saya hampir merempuhnya yang berada di tengah lorong jalan utama depan hospital itu kerana tidak nampak disebabkan lampu jalan kurang terang.

Saya tidak pasti jika kegiatan pengemis itu dilakukan secara tetap di kawasan dan waktu sama. Mohon pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

 

KUTU MALAM

Pandan Indah