Bagaimanapun, amat mendukacitakan apabila didapati tandas awam yang disediakan itu menjadi mangsa vandalisme. Dindingnya penuh dengan contengan kata-kata lucah dan maki hamun oleh pengguna tandas awam yang tidak bertanggungjawab.

Paling menyedihkan tandas awam tidak dijaga dengan baik seperti tandas berhampiran gerai makan di Masjid Lama Jerantut. Keadaannya amat menjijikkan meskipun bangunannya cantik di luar.

Lebih malang lagi tiada bekalan air paip. Sampah-sarap bertaburan di lantai dan banyak batang paip yang patah. Baunya busuk dan tidak menyenangkan. Justeru diharapkan pihak majlis daerah membuat pemantauan terhadap kebersihannya.

Saya yakin pengguna tidak akan merungut sekalipun dikenakan bayaran asalkan kebersihan tandas dan peralatannya berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

YOK BERSIH,

Pahang Darul Makmur.