Setelah ditanya kepada anak kecil itu dia mengatakan cerita tersebut ‘disebarkan’ oleh gurunya. Lebih dikesali guru terbabit mengajar di sebuah sekolah tahfiz!

Sebagai guru agama, mereka sepatutnya tahu dosa besar mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain.

Justeru, inikah guru yang diharapkan untuk membentuk pekerti dan sahsiah baik generasi muda pada masa depan? Saya harap pihak berkenaan dapat melakukan pemantauan terhadap guru-guru yang cenderung meracuni pemikiran murid dengan sentimen kebencian terhadap mana-mana individu atau pihak.

IBU PRIHATIN
Kuala Lumpur