Saya dikejutkan dengan pemandangan sangat mendukacitakan. Mana tidaknya, hampir semua tempat dipenuhi sampah sarap yang seolah-olah tidak pernah dikutip.

Terlintas dalam fikiran saya, untuk perkhidmatan apakah pengunjung diwajibkan membayar RM3 bagi meletakkan kenderaan di tempat perkelahan itu sedangkan kawasan berkenaan sangat kotor.

Tidak kelihatan tong-tong sampah disediakan. Mungkinkah pengunjung diharapkan membawa plastik sampah sendiri untuk membuang sisa-sisa makanan mereka?

Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran saya termasuk siapakah yang bertanggungjawab mengurus tempat perkelahan awam itu?

Sangat memalukan jika kita digelar pelancong asing yang berkunjung ke situ sebagai bangsa paling pengotor abad ini.

INA

Johor Bahru