Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah melebarkan dan memasang penghadang kecil, ramai pemandu yang mementingkan diri masing-masing ini masih tidak lekang dengan tabiat buruk menukar lorong saat akhir.

Saya sarankan DBKL memasang penghadang lebih panjang bagi menutup peluang pemandu ini ‘menyilang’ dari lorong kanan ke kiri sehinggakan menyekat aliran lalu lintas selain mengundang risiko kemalangan.

Agensi penguat kuasa seperti DBKL, Jabatan Pengangkutan Jalan atau polis trafik juga diharap dapat bekerjasama menempatkan seorang anggota di persimpangan tersebut pada waktu puncak bersama kamera untuk mengenal pasti dan mengeluarkan surat saman kepada pemandu yang melanggar peraturan.

RIDER KENTAL

Kuala Lumpur