Stesen yang dimaksudkan terletak di Seksyen 13 berhampiran dengan Stadium Shah Alam, Selangor.

Kerosakan pam angin ini disedari penulis sendiri semasa pergi ke stesen tersebut untuk mengisi minyak pada 24 Oktober 2018.

Sebelum ini, penulis pernah melaporkan isu yang sama kepada pihak pengurusan Petronas sebanyak dua kali, iaitu pada 23 Ogos 2018 dan juga pada tahun lepas, iaitu pada 6 Julai 2017.

Kerosakan pam angin ini belum dibaiki semasa cerita ini ditulis.

Diharap masalah ini diberi perhatian.

Semoga dengan laporan melalui ruangan Forum ini, pihak Petronas memberi perhatian serius tentang isu ini.

 

Kamaruddin 
Hassan

Seksyen 8, Shah Alam