Saya amat bersetuju dengan pendirian Khairy dalam isu tersebut kerana garapan dalam filem berkenaan tidak semestinya 100 peratus berdasarkan plot yang berlaku ketika pasukan bola sepak negara layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Sebagai sebuah filem sudah tentu penerbit dan pengarah filem berkenaan akan mencantikkan jalan ceritanya melalui barisan pelakonnya supaya dapat menarik penonton selepas ditayangkan di pawagam.

Cuma dalam filem ini, pihak penerbit telah mengambil inspirasi kejayaan Malaysia itu sebagai cerita utama terutama dalam usaha memartabatkan semula sukan bola sepak negara yang semakin hari semakin merosot.

Mungkin melalui penayangan filem seperti itu akan menaikkan semula semangat pasukan negara sedia ada dalam usaha memperbaiki kedudukan khususnya di ranking dunia.

Untuk rekod, Malaysia kini berada pada kedudukan 171 dengan berdasarkan senarai terbaharu yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Oleh itu sebagai peminat bola sepak negara, pertikaian yang berlaku ini harus dihentikan kerana kita mempunyai matlamat paling penting iaitu memartabatkan semula sukan bola sepak tanah air. Pertikaian ini hanya akan mendatangkan kerugian.

Pertikaian ini juga tidak ke mana sebaliknya hanya akan membantutkan rancangan untuk meletakkan sukan bola sepak negara di kedudukan yang sepatutnya. Dari segi Liga Super, kemeriahannya sudah cukup dirasai cuma masalahnya kita adalah pencapaian pasukan bola sepak kebangsaan di pertandingan antarabangsa.

Pasukan bola sepak kebangsaan kita sehingga kini gagal memberi satu kejayaan untuk dihadiahkan kepada peminat-peminat bola sepak negara sedangkan bola sepak negara dalam era 70an dan 80an amat digeruni

Sungguhpun begitu saya berpendapat tiada salahnya juga jika pihak penerbit filem Ola Bola memberi satu bentuk penghargaan kepada 20 pemain kebangsaan dan jurulatih yang terlibat pasukan Malaysia yang layak ke dengan kejayaan membawa Malaysia Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Kejayaan yang mereka berjaya mereka lakarkan itu telah meninggalkan memori yang cukup indah buat peminat-peminat bola sepak negara. Disebabkan kejayaan ini timbullah cetusan ilham menghasilkan filem Ola Bola.

KHALISYA

Seri Sendayan, Seremban