NST dikenali dengan polisi menyokong kerajaan yang memerintah.

Malah, tidak hairanlah ada laporan berita yang memaparkan bahawa UMNO bakal mengetepikan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak lama lagi.

 

Ketika ini pelbagai usaha dilakukan oleh Ahmad Zahid untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO. Program yang dilaksanakan berdasarkan low cost, high impact meliputi ahli di seluruh negara.

Pada masa kini, perjalanan parti banyak bergantung kepada tahap ‘duit dalam kantung’ termasuk usaha penjenamaan semula parti.

Oleh itu, hanya ahli UMNO yang tahu apa yang dilakukan oleh kepemimpinan parti selain membela nasib rakyat yang menderita ketika ini. Tetapi NST ambil pendekatan mahu melemahkan UMNO dengan cerita dongeng daripada sumber.

NST pada masa kini dikenali sebagai No Such Thing. Kualiti laporan pada masa kini, sangatlah berbeza dengan kesungguhan wartawan pada zaman 1980-an 1990-an. Bukan lagi berita eksklusif di mana semua wartawan turun padang dan membuat penyelidikan bahan berita.

Bahkan pada masa era pemerintahan kerajaan baharu, berita pada masa kini hanyalah berkisar daripada arahan Putrajaya. Wartawan akan berada sekiranya diperlukan dan segala berita akan dipaparkan.

Mungkin bagi mereka, ‘gaji’ lebih diutamakan daripada keaslian berita, ini termasuk jumlah kehadiran #DaulatHimpunan812 yang dilaporkan kecil berbanding keadaan sebenar.

Kini, bagi NST untuk ‘hidup’ perlulah mereka berada di pihak yang menyokong dan sejajar dengan kerajaan, supaya ‘nasib mereka” akan dijaga.

Namun untuk mengeluarkan berita seperti UMNO akan mengetepikan Ahmad Zahid adalah sangat licik dan tidak beretika.

Adakah peranan bilik berita akan berubah sekiranya UMNO sekali lagi berjaya merampas Putrajaya? Sudah pasti akan ditunggu-tunggu oleh semua pihak.

JAILANI HARUN

Kuala Lumpur