Walaupun saya bukan peniaga import eksport, saya percaya kesan kejatuhan ringgit pasti lambat-laun akan menjejaskan rakyat Malaysia khususnya dengan peningkatan harga makanan import.

Tolonglah berhenti bermain politik seketika dan tangani dahulu masalah kejatuhan nilai ringgit, saham tempatan dan juga pelaburan langsung asing (FDI).

Mungkin sekarang kesannya belum terasa, tetapi menjelang hujung tahun ini dan awal tahun depan pasti terasa bila tiba masa mengumumkan bonus mahu pun dividen khususnya dalam organisasi milik kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad dan Tabung Haji.

Jangan terus hanyut dengan nikmat harta dan kuasa kerana belum tentu semua itu akan kekal.

RAKYAT MARHAEN

Melaka