Sebut sahaja Coolblog pasti semua mengenalinya, tetapi sayang francais ini tidak menjaga francaisi dan masyarakat serta pelanggan setia minuman ini. Kita boleh melihat sendiri berapa banyak cawangan francais ini ditutup. Pemegang francaisi terdahulu ‘tidak ingin’ lagi meneruskan perjanjian apabila tamat kontrak.

Akibatnya Coolblog 'berdendam', deposit yang diletakkan sebagai cagaran dahulu dilengahkan pembayaran baliknya. Jualanya bukan sedikit malah beribu ringgit.

Ada yang perlu menunggu lapan bulan sehingga setahun lebih untuk mendapatkan kembali deposit. Itu pun franchaisi sendiri perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan kembali duit deposit yang diperam dengan menghubungi pengurusan Coolblog.

Dengan memasang perangkap, pengurusan Coolblog ada membuat kolaborasi bersama sebuah kolej kononnya untuk melahirkan usahawan muda dengan graduan membuat pinjaman bank. Tetapi sebaliknya yang terjadi, pelajar yang membuka bisnes kejam ini terjerat dengan hutang yang tidak dapat dibayar disebabkan penipuan, iklan yang mengelirukan, janji palsu serta bermacam-macam tipu muslihat yang ditaburkan kononnya bisnes ini menguntungkan dan pelajar ini akan menjadi tauke berjaya. Akhirnya graduan ini rugi dan tidak dapat membayar hutang bank. Apa tidaknya, stok mahal, bahan mentah dinaikkan harga sesuka hati tanpa kebenaran pihak berkuasa dan banyak lagi.

Harap dengan maklumat ini dapat membantu semua franchaisi dan orang ramai yang ingin melabur dalam Coolblog. Elakkan jangan jadi mangsa yang akhirnya kita akan jadi muflis.

PENGUSAHA MUDA
Kuala Lumpur