Rupa-rupanya masih ramai wakil rakyat sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang masih tidak memahami prosedur kerja mereka. Mereka gagal dalam soal berkomunikasi dengan rakyat.

Adalah amat dikesali jika wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat menengking orang yang mengundi mereka.

Apakah salah rakyat kemukakan sesuatu masalah kepada mereka selaku wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya lima tahun sekali itu?

Semua wakil rakyat harus diingatkan mereka dipilih dalam pilihan raya bukan untuk selesa duduk di kerusi empuk dan syok sendiri apabila telah dipilih rakyat.

Mereka harus menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Rakyat sekarang sudah cerdik dan tidak mahu diperbodohkan oleh wakil rakyat yang mahu kuasa dan mengekalkan jawatan di persada politik yang selesa.

Sedar atau tidak sedar, wakil rakyat yang dipilih perlu berkhidmat dengan penuh tanggungjawab kepada rakyat mereka di kawasan masing-masing . Ini kerana rakyat sedang menghakimi segala tindak-tanduk pemimpin mereka.

OUI BIN SAL

Tanah Merah, Kelantan