SAYA ingin mengulas kejadian seorang pemuda cedera apabila sekeping serpihan zink dipercayai daripada landasan monorel berdekatan KL Sentral, Kuala Lumpur jatuh menimpa kepalanya pada Jumaat lalu.

Kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku kerana pada 2002, seorang wartawan cedera parah ditimpa roda keselamatan monorel seberat 14 kilogram.

Dalam pada itu, walaupun diperkenalkan lebih awal berbanding monorel, perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) tidak pula menghadapi masalah sama kerana mempunyai landasan lebih lebar yang menyebabkan serpihan tercicir tidak akan menimpa orang ramai yang lalu di bawah.

Bagi mengelak kejadian ini berulang, sudah sampai masanya dipasang jaring besi di bawah landasan di sepanjang laluan monorel.

HAJI NOOR

Trolak, Perak