Ini kerana dua lorong sedia ada tidak dapat menampung kesesakan teruk yang sering berlaku di kawasan Kuala Sungai dan Kerpam terutama apabila ada aktiviti pasar harian dan pasar malam di tepi jalan.

Selain itu terdapat penambahan bangunan dibuat sehingga ke bahu jalan itu.

Kesesakan lebih teruk bila musim perayaan. Harap dapat dipertimbangkan cadangan itu demi keselesaan pengguna jalan raya.

PENGGUNA

Kedah-Perlis