Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nafsu dan taubat

SAUDARA PENGARANG,

TAHUKAH kita apa yang membezakan antara kejadian binatang, malaikat, manusia dan jin? Binatang dicipta Allah hanya mempunyai nafsu dan tidak mempunyai akal, manakala malaikat berakal tetapi tidak memiliki nafsu dan dihidupkan hanya untuk beribadah kepada Allah.

Sedangkan manusia dan jin dijadikan berakal serta bernafsu terhadap makan, minum, tidur dan berkelamin selain dikehendaki beribadah kepada Allah seperti mana disebut dalam al-Quran.

Kerana itu, selamat atau hancurnya kehidupan manusia dan jin di dunia mahupun di akhirat kelak bergantung kepada tingkat kualiti ibadah dilakukan sama ada secara menggunakan akal atau nafsu.

Hakikatnya manusia sedar perbuatan berlandaskan nafsu itu salah tetapi tetap melakukannya. Namun mereka tidak perlu menyesal mempunyai nafsu kerana nafsu juga kurniaan Allah. Begitupun, kesilapan yang disedari harus disusuli dengan memohon ampun kepada Allah.

Kisah ulama dan wanita yang tinggal berjiran ini boleh dijadikan iktibar. Si ulama sering berasa terganggu dengan aktiviti hiburan dan maksiat di rumah wanita tersebut yang dikunjungi tetamu lelaki setiap malam.

Biarpun sering dimarahi ulama itu, wanita tersebut tetap memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

Apabila kedua-duanya meninggal dunia, si ulama terkejut dimasukkan ke neraka manakala syurga untuk si wanita tersebut.

Ibadah ulama itu tidak diterima Allah kerana dia selalu memikirkan dosa-dosa orang lain termasuk dosa jirannya itu.

Dia berfikir betapa hinanya mereka kerana melakukan perkara berdosa sedangkan jirannya yang selalu melakukan maksiat itu berterusan memohon ampun dan takut akan dosa-dosanya hingga ke hari-hari akhir hidupnya.

HASAN JALI

Beranang, Selangor

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain