Bila televisyen dibuka, skrin menjadi hitam tanpa sebarang gambar mahupun bunyi! Yang keluar hanyalah ayat No Signal. Sehingga aduan ini ditulis, masalah ini sudah berlarutan hampir seminggu lamanya!

Namun, dalam tempoh ini, tiada sebarang pemberitahuan atau pengumuman tentang apa yang berlaku sebenarnya. Sedangkan iklan promosi MYTV rancak berlangsung.

Hakikatnya, kami sudah hampir seminggu tidak dapat menonton siaran televisyen! Kepada pihak berwajib, tolonglah selesaikan masalah ini secepat mungkin.

Setidaknya, maklumkan kepada kami status MYTV. Adakah masih berfungsi, atau sudah berkubur?

PENGGUNA MYTV

Kota Bharu, Kelantan