MERUJUK kepada aduan ZALIM dalam ruangan SMS MMS ANDA Utusan Malaysia 22 April 2016 berhubung pembaikan simen di ­kawasan laluan pejalan kaki di flat Seksyen 24, Shah Alam yang didakwa lebih sebulan tidak dihiraukan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Se­langor Sdn. Bhd. (Syabas).

Untuk makluman, pihak Syabas kini sedang menimbang aduan itu namun tindakan lanjut tidak dapat dilakukan kerana maklumat diberi terlalu umum dan menyukarkan kami untuk melakukan siasatan lanjut.

Pihak kami memerlukan maklumat terperinci sebelum tindakan susulan dibuat, justeru pengadu diminta menghubungi pihak Syabas di talian 03-20885275 atau faks 03-20885288 atau lawat laman sesawang www.syabas.com.my bagi menyelesaikan aduan yang dinyatakan baru-baru ini.

NUR AZAH MAT PATRY

Unit Pengurusan Kandungan dan Media

Jabatan Komunikasi Korporat Syabas