Walaupun terdapat lebih daripada 10,000 penduduk di kawasan ini tetapi tiada stesen minyak berdekatan dan yang paling hampir sekarang adalah stesen Petron Rinching kira-kira lima kilometer dari taman perumahan saya.

Minyak untuk 10 kilometer terpaksa dibazirkan untuk pergi dan balik dari stesen tersebut dan dalam jangka masa panjang ini akan menambah beban kos sara hidup kami.

ABANG ZECK

Beranang, Selangor