Pihak JKNS memohon kerjasama pengadu agar dapat menghubungi pihak Hospital Shah Alam (HSA) untuk memberikan maklumat terperinci mengenai butiran aduan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.

Sememangnya, pihak JKNS memandang serius terhadap sebarang aduan perkhidmatan kesihatan. Justeru, sebarang aduan boleh dikemukakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau hubungi Pegawai Perhubungan Awam HSA di talian 03-5526 3000/3400. Kerjasama pihak pengadu amatlah diharapkan bagi membantu urusan siasatan.

DATUK DR. ZAILAN
 ADNAN

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor