keratan Utusan Malaysia 20 Januari 2017.
KERATAN Utusan Malaysia 20 Januari 2017.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan pengadu yang mengemukakan aduan tersebut. Sememangnya pihak kami amat mengalu-alukan cadangan serta pandangan daripada orang ramai agar kualiti perkhidmatan diberikan kepada masyarakat dapat dipertingkatkan.

Pihak jabatan memandang serius aduan yang dibangkitkan dan akan menjalankan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan sebagaimana yang diadukan selaras dengan prosedur ditetapkan.

Sehubungan itu, pihak pengadu diminta segera menghubungi pegawai di Bahagian Pergigian di talian 09-7418700 atau 09-7730586 bagi Bahagian Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan atau kemukakan maklumat lengkap butiran aduan menerusi e-mel jknkelantan.moh.gov.my

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sentiasa berusaha memastikan semua pegawai dan kakitangan mengamalkan sikap profesional dalam menjalankan tugas dan kami akan terus mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

DATUK DR. AHMAD RAZIN MAHIR

Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan