Beberapa masalah timbul seperti sampul surat pos ada kesan koyakan besar sehingga menampakkan produk dibeli. Paling mengecewakan, barangan bernilai RM180 dibeli pada April 2017 tidak diterima, sekali gus menjejaskan peluang saya memenangi cabutan bertuah pada bulan itu.

Sehingga kini status barangan itu tidak diketahui. Harap pihak HDS siasat perkara tersebut.

KECEWA

Melaka