Jelas isu sebegini hanya boleh diatasi dengan langkah name and shame seperti mana dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mendedahkan nama penerima dan pemberi rasuah.

Oleh itu saya menyeru mana-mana pihak yang mempunyai bukti diskriminasi agar mendedahkannya kepada umum supaya pengguna boleh memboikot dan mengajar majikan jenis ini supaya berpijak di bumi nyata.

Jika dibiarkan isu ini surut dan dilupakan begitu sahaja, mereka akan lebih berani kurang ajar terhadap umat Islam dan orang Melayu kelak.

ABANG MANGSA

Ampang, Selangor