MERUJUK aduan PENEROKA FELDA dari Pahang bertajuk Kecewa alasan Felda Techno Plant seperti disiarkan dalam FORUM Utusan Malaysia semalam.

Terlebih dahulu, pihak Pengurusan Aduan dan Khidmat Pelanggan, Unit Komunikasi Korporat Felda berterima kasih atas teguran yang dibuat. Pihak kami amat berbesar hati untuk membantu dan memohon jasa baik PENEROKA FELDA memberikan maklumat lengkap agar aduan dapat diuruskan dengan sebaik mungkin.

Mohon kerjasama pengadu menghubungi kami di talian 03-2191 2191 sambungan 2016 atau 2341, faksimili 03-2191 2590 atau [email protected]

Kerjasama dan maklum balas daripada pihak pengadu amat kami dihargai.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT FELDA

Kuala Lumpur