Sekarang pengusaha kecil pekebun sawit mengadapi tekanan hidup untuk keluarga dan mengurus kebun mereka.

Dengan kejatuhan harga dan melawasnya buah sawit (kurang buah), kebun terbiar dan kehidupan mereka semakin terhimpit.

Justru itu, pihak kerajaan hendaklah bersimpati dengan nasib pekebun kecil sawit di negara ini.

Sekurang-kurangnya dapat bantuan baja percuma yang amat diperlukan pokok sawit kerana memerlukan pembajaan tiga kali setahun. Tanpa pembajaan yang cukup, pokok sawit akan kurang mengeluarkan buah dan akhirnya terus merudum (tidak ada buah).

Sempena pembentangan bajet belanjawan tahun depan, dipohon dan dirayu supaya elemen peruntukan ini mendapat perhatian pemimpin baharu negara bagi meringankan beban yang ditanggung pekebun kecil sawit di negara ini.

 

HASHIM RAMLI

Sabak Bernam