Terlebih dahulu, Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin mengucapkan terima kasih kepada pengadu di atas maklum balas yang diberikan dan memohon maaf atas kesulitan dihadapi.

Bagi membolehkan kami melakukan siasatan lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalahnya, pihak TM memerlukan butiran lebih lengkap seperti nama penuh, nombor telefon untuk dihubungi serta lokasi sebenar TM WiFi di Gopeng yang dimaksudkan.

TM berharap pengadu dapat menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 100 atau menerusi e-mel di [email protected]

Pihak kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan orang ramai agar membuat laporan menerusi Pusat Khidmat Pelanggan TM (seperti dinyatakan di atas) sekiranya mengalami masalah dengan perkhidmatan telefon talian tetap atau perkhidmatan jalur lebar Streamyx dan UniFi mereka pada masa depan.

JENAMA DAN KOMUNIKASI KUMPULAN TM

Malaysia