Kami tidak pasti jika aduan itu diterima atau dibakulsampahkan kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan atau makluman daripada pihak berwajib bagi memperbaiki atau memulihkan bangunan tersebut.

Kerisauan para peniaga yang menyewa di premis perniagaan itu bersebab kerana pada bila-nila masa sahaja bangunan tersebut boleh runtuh menyembah bumi dan mengancam nyawa mereka.

Kami sudah habis daya untuk mengetengahkan masalah ini dan berharap ADUN baharu Pakatan Harapan dapat turun padang ke Pekan Bekoh bagi melihat dan mendengar sendiri rintihan para peniaga.

ANAK JATI SIMPANG BEKOH

Jasin, Melaka