Ketika itu prestasi Moccis amat cemerlang. Moccis memiliki ladang kelapa sawit, bangunan dan terlibat dalam perniagaan yang menguntungkan. Moccis juga mampu membayar dividen dan bonus yang tinggi, bayaran kehadiran serta pelbagai hadiah kepada ahli semasa menghadiri mesyuarat agung.

Sepanjang menjadi ahli, yuran bulanan dibuat melalui potongan gaji. Dengan potongan itu wang terkumpul daripada bayaran yuran, dividen dan bonus semakin bertambah atas kertas.

Apabila hampir bersara (2015) saya berhenti menjadi ahli Moccis. Saya telah memohon Moccis untuk memulangkan balik bayaran yuran saham keahlian dan membayar dividen dan bonus yang terkumpul.

Surat permohonan telah dihantar dan turut menghubungi mereka melalui telefon. Malangnya sehingga kini Moccis masih gagal membuat pembayaran kepada saya. Moccis sewajarnya bertanggungjawab untuk mengambil pelbagai inisiatif dan bertindak segera agar dapat mengembalikan semula yuran saham, dividen dan bonus terkumpul kepada saya.

MJJ PESARA
Putrajaya