Ketiadaan palang besi menyebabkan jejambat itu sering dilalui lori besar terutama selepas tengah malam sedangkan kemudahan berkenaan dibina untuk kenderaan ringan sahaja.

Pihak kami bimbang akan berlaku tragedi jejambat runtuh sekiranya tiada langkah pencegahan diambil segera.

Dalam pada itu, lubang di tengah-tengah jejambat itu masih tidak diturap semula walaupun masalah itu telah berlaku sejak bertahun-tahun lamanya.

JURURAWAT PRIHATIN

Rawang