Bermula dengan kecaman terhadap artis tersebut dan sokongan terhadap isterinya, ada pula yang ‘meroyan’ mengalahkan orang baru lepas bersalin dengan melabel semua lelaki sama sahaja dan tidak pernah cukup dengan seorang perempuan.

Ironinya, golongan yang meroyan itu juga berkongsi gambar bersama ayah dan adik-beradik lelaki kesayangan mereka yang mungkin ‘maksum’ dan tidak sama seperti lelaki lain di dunia ini.

Beringatlah, tepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Ramai lelaki baik di luar sana yang bukan kaki perempuan, arak, judi mahupun merokok tetapi sebab tidak sekacak artis tersebut maka mereka dilindungi daripada mata ‘wanita meroyan’.

ABANG LEMAK BERKRIM
Subang, Selangor