Trend kehidupan LGBT berkembang atas pelbagai faktor yang mungkin antaranya kerana kecenderungan seks bebas atau sejenis, trend semasa atau ikut-ikutan dan mungkin juga keinginan memiliki pasangan dalam hidup tanpa memerlukan sebarang komitmen melainkan kepuasan nafsu seks semata-mata.

Semua orang tahu membina keluarga melalui perkahwinan normal yang akan melahirkan zuriat atau anak adalah sukar dan memerlukan banyak pengorbanan terutamanya dari segi kewangan. Segalanya bermula dari peringkat awal persediaan dan sepanjang tempoh perjalanan kehidupan berkahwin dan berkeluarga. Ia tentu sekali berbeza dengan kehidupan perkahwinan dalam kalangan kaum sejenis golongan LGBT yang hanya berasaskan keseronokan dan kepuasan seks tanpa memerlukan sebarang tanggungjawab.

Kesibukan mencari wang ringgit menyebabkan golongan muda tiada masa memikirkan soal pasangan dan perkahwinan.

Kesimpulannya eloklah kita semua mengubah minda untuk memburu kekayaan semata-mata dalam hidup. Carilah kebahagiaan dan ketenangan hidup juga.

Kepada golongan muda sama ada lelaki atau wanita fikirkan sejenak apa yang saya paparkan ini. Jadi, janganlah takut untuk hidup berkahwin dan berumah tangga secara normal tanpa menunggu kekayaan tercapai. Dengan cara ini akan dapat mengelakkan kecenderungan untuk menjalani kehidupan LGBT.

ZULKIFLI Z.ABIDIN

Johor