Sebelum itu, eloklah kita mengingatkan sesama kita agar bersama-sama mengejar manfaat dan keberkatan bulan yang mulia ini.

Sekurang-kurangnya bersedekah RM1 setiap malam, Sekiranya malam tersebut malam Lailatul Qadar, bermakna ganjaran seolah-olah kita bersedekah selama 84 tahun berturut-turut.

Biasakan diri mendirikan solat sunat dua rakaat setiap malam, bermakna kita umpama solat setiap hari selama 84 tahun. Selain membuat amalan sunat yang lain, amalkan bacaan surah al-Ikhlas tiga kali setiap malam.

Jika jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna kita telah membaca al-Quran setiap hari selama 84 tahun. Semoga tip-tip ini bermanfaat dan dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT dan beriman kepada Nabi Muhammad SAW.

MENCARI REDHA ALLAH

Putrajaya