Syarat-syarat begini mungkin boleh dipenuhi oleh orang-orang muda namun kesukaran ini melibatkan warga tua kerana sijil kahwin mereka mungkin sudah hilang atau sukar dicari.

Apatah lagi mereka yang sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga. Anak-anak pun sudah mencapai umur 50 tahun.

Syarat-syarat remeh sebegini amat menyusahkan warga tua seluruh negara.

Ramai pemohon merungut dengan syarat tidak masuk akal sebegini selain perlu mempunyai surat beranak anak dan terpaksa membuka akaun bank bagi melayakkan menerima bantuan tersebut.

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dahulu tidaklah sesukar sekarang meskipun jumlahnya lebih banyak.

Bukankah sudah memadai dengan hanya mengambil kad pengenalan mereka sahaja sebagai bukti untuk urusan rasmi dengan pihak kerajaan.

Ini kerana di dalam kad pengenalan mereka itu sendiri sudah lengkap dengan cip butiran diri termasuk melibatkan soal keselamatan.

OUI SAL

Tanah Merah