Kini timbul pula cerita Jambatan Bengkok akan dibangunkan semula. Rasa pelik, pemimpin Pakatan Harapan (PH) mendakwa negara sedang nazak tetapi ada pula suara di selatan tanah air ingin teruskan projek jambatan itu.

Pembatalan projek jambatan bengkok ini dahulu permulaan dendam kesumat sesama pemimpin Melayu UMNO hingga akhirnya rakyat yang merasa tempiasnya.

Golongan miskin B40 mungkin tidak mampu merentasi jambatan itu nanti. Namun, pemimpin PH setuju jambatan itu perlu dibina demi kemegahan Malaysia baharu yang diperintah PH.

Tetapi kalau boleh, selesaikan dahulu permasalahan rakyat dari segi kesusahan hidup sekarang. Apa maknanya negara gah mempunyai jambatan indah tetapi kehidupan rakyat masih berkecamuk dengan bebanan harga barang tinggi sementara harga getah dan sawit merudum.

Bagaimana pula dengan kehidupan nelayan? Seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekiranya keluh kesah ini tidak dipedulikan pemerintah, bermakna berpanjanglah petakanya harus kami tanggung di musim tengkujuh ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu sekalipun dituduh pencuri dan perompak tetapi jasanya amat besar kepada rakyat. Sebab itu jika mahu berkawan eloklah dengan pencuri seperti Robin Hood daripada berkawan dengan pembohong.

GELORA HARAPAN

Manong, Perak