Sejak kebelakangan ini ramai yang berpendapat bahawa selagi sendiri tahu ‘lebih sedikit daripada orang lain’ sudah cukup untuk mengangkat dan memanggil diri sebagai seorang ‘pakar’.

Maksud perkataan ‘pakar’ yang diterapkan dalam minda dan fahaman umum sekarang telah melemaskan maksud sebenar dan integriti perkataan itu. Ia seperti memalsukan maksud ‘penyelidikan’ dan ‘sains’.

Oleh kerana begitu ramai yang gemar mengaku diri mereka sebagai ‘pakar’, perkataan itu tidak lagi membawa nilai kebolehpercayaan dan jaminan kepada pelanggan atau orang ramai seperti dahulu.

“Seorang pakar tahu tentang banyak perkara dan tahu mengenai kekurangan sesuatu sehingga beliau tahu mengenai semua yang beliau tidak tahu.” kata mendiang Mahatma Gandhi.

Seorang ‘pakar’ sepatutnya telah menguasai hampir semua perkara yang ditawarkan oleh satu-satu bidang khusus.

Kepakaran sebenar mengambil kira tempoh pengalaman kerja dalam menjalankan penyelidikan, menghadapi ujian dan memperbaiki kesilapan di samping tugasan kerja di lapangan.

Ramai yang sanggup menggadaikan ‘maruah diri’ untuk gelaran tersebut dan berharap ia menjadi kenyataan.

Dalam apa saja bidang, kita tidak boleh dengan mudah mengangkat diri sendiri sebagai yang terbaik, ini sangat berbahaya terutama sekali jika kita sendiri percayakannya.

Meletakkan diri sendiri dalam kedudukan yang ‘berkuasa’ akan mengurangkan kemampuan kita sebagai pendengar yang baik dan pencari perspektif neutral.

Pakar biasanya akan bersama pelanggan untuk berkongsi ‘ilmu pengetahuan dan kemahiran’ tetapi tidak akan menerima kritikan, mengaku kesilapan atau apa-apa yang tidak sealiran dengan ‘kepakaran’ yang diutarakan.

Adam Galinsky dari Northwestern University, Amerika Syarikat mengkaji hubungan antara kuasa dan keupayaan melihat ‘perspektif orang lain’. Dia membahagikan peserta kepada dua kumpulan; setiap kumpulan diminta melakukan eksperimen yang berbeza.

Satu kumpulan melakukan aktiviti latihan yang menjadikan mereka berasa kuat dan berkuasa. Sementara satu lagi kumpulan melakukan aktiviti latihan yang mengurangkan ‘kekuatan’ mereka.

Apabila mereka membawa diri mereka ke dalam eksperimen, mereka menyedari bahawa golongan yang memperolehi ‘kuasa’ sukar untuk menerima pandangan orang lain.

Kesimpulan kajian ini adalah bahawa ada kesan songsang antara perasaan ‘berkuasa’ dan tahap kesediaan menerima perspektif orang lain.

Merasa diri lebih hebat dan berkuasa (pakar) akan menyebabkan sesuatu mesej dan makluman luar sering terganggu terutama apabila cuba memotivasi atau mengubah kefahaman orang lain.

Tidak kira berapa lama seseorang itu berkecimpung dalam bidang yang diterokai akan sentiasa ada perkara baharu dipelajari. Dan itulah yang paling baik jika diri kita bukan seorang ‘pakar’.

GURU PENDIDIK

Institut Pendidikan Guru 
Kampus Bahasa Antarabangsa