Secara fitrahnya, anak-anak perlu diberi ruang untuk bermain dan bergaul dengan rakan-rakan mereka. Selain itu, ibu bapa juga disyorkan agar membawa anak-anak mereka ke pantai, kolam renang atau taman permainan dengan ibu bapa setiap hujung minggu.

Tujuannya adalah untuk menceriakan anak-anak berkenaan sekali gus memudahkan lagi tugas ibu bapa berbincang apa sahaja termasuk berkaitan pelajaran. Percayalah, melalui pendekatan yang lebih santai dan bersahaja, anak-anak ini akan lebih terdorong untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam pelajaran masing-masing.

Apa pun saya akui bukan mudah untuk membina minat anak-anak terhadap pelajaran dan semestinya usaha ini memerlukan masa yang agak lama. Bagaimanapun, ibu bapa tidak harus berputus asa, sebaliknya jadikannya sebagai cabaran. Seperkara lagi jangan lupa berdoa kepada Allah SWT demi kebaikan anak-anak kita.

NUAIM BAHRON

Mukah, Sarawak