Ujar orang-orang politik, kaum-kaum lain telah jauh meninggalkan orang Melayu yang masih lena ‘disogok’ dengan pelbagai subsidi.

Oleh sebab itu, timbullah pelbagai tomahan dan stigma seperti ‘Melayu malas’ diulang-ulang bagaikan tiada penyudahnya.

Sepanjang proses memodenkan orang Melayu itu kononnya, saya lihat ramai dalam kalangan mereka sudah tidak lagi mengenal dan mengambil tahu tentang hak-hak dan kepentingan survival orang Melayu sendiri.

Orang Melayu kini ‘bagai jelongak kerbau rampung’, bersifat bodoh sombong malah tidak sedar diri dipergunakan untuk kepentingan orang lain dan akhirnya hanya menang sorak namun kampung sendiri habis tergadai.

Betapa naifnya orang Melayu hari ini hinggakan untuk membezakan antara kawan dan musuh pun sudah tidak mampu.

Sikap merangkul lawan dan memukul kawan kian membudaya dan membarah tanpa disedari.

Maka lahirlah ‘baculis’ dan pengkhianat bangsa persis zaman Melaka dahulu. Sejarah akan terus berulang tanpa ada yang mengambil pengajarannya.

BUMIPUTERA,

Ampang, Selangor.