Kecuaian seperti itu bukan sesuatu yang baharu dan denda bagi kehilangan MyKad juga telah dinaikkan.

Buat masa ini tidak ada mekanisme terbaik untuk memulangkan Mykad. Untuk menghantar atau mengepos kad itu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat adalah tidak rasional kerana ia melibatkan masa serta kos kepada orang yang menemukannya.

Justeru, diharapkan JPN dapat mencadangkan mekanisme yang lebih efisien bagi urusan tersebut.

NIZAM

Selayang