Pelbagai sumber informasi sama ada yang sahih atau tidak, `lalu lalang’ di depan kita saban hari melalui telefon pintar. Media sosial adalah salah satu teknologi informasi selepas John Guttenberg mencipta mesin cetak pada 1450-an.

Kepesatan untuk penyebaran informasi ini menyebabkan sesuatu berita yang ditularkan amat pantas dan dicernakan dalam pemikiran masyarakat.

Baik dan buruknya penggunaan media sosial ini telah dapat dirasai oleh kebanyakan penduduk dunia terutamanya di bidang politik dengan mengambil contoh kejadian Arab Spring dan di Ukraine yang digelar Revolusi Jingga.

Di Malaysia juga sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 hingga PRU-14, media sosial makin memainkan peranan besar termasuk memacu perniagaan atas talian.

Rakyat Malaysia menduduki tempat ke-9 pengguna media sosial terbanyak didunia dan yang ke-5 menggunakkan transaksi di atas talian berdasarkan laporan digital 2018 oleh hotsuit sebuah syarikat berkaitan industri media sosial yang beribu pejabat di Kanada. Informasi yang benar-benar tepat diterima dan ditularkan.

Semoga kita menjadi masyarakat yang akan menajamkan akal fikiran berbanding menajamkan ibu jari di telefon pintar kita.

HHSIN MANS

KKB, Selangor