Aduan mengenainya telah disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 29 September lalu dan gambar terkini yang saya ambil pada 2 Oktober lalu membuktikan MBSA telah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Sudah tentunya para pelawat dari luar dan juga penduduk tempatan merasa lebih selesa dengan perkembangan baharu ini.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam