MERUJUK kepada aduan pembaca melalui ruangan FORUM Utusan Malaysia bertarikh 28 Julai 2016 bertajuk Kecewa sikap pengawal.

Pihak Masjid Putra memandang serius aduan oleh seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai NUR mengenai sikap buruk pengawal keselamatan yang ketawa terbahak-bahak dengan kuat sehingga mengganggu Muslimat yang sedang sembahyang dan mengaji al-Quran.

Pihak kami mengucapkan terima kasih atas aduan tersebut dan amat mengalu-alukannya bagi menambah baik perkhidmatan pengawal keselamatan di Masjid Putra pada masa akan datang.

Pihak Pengurusan Masjid Putra sedang meneliti dan menyiasat secara dalaman tentang isu ini. Tindakan sewajarnya akan diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi pada masa akan datang.

DATUK ABDUL MANAF MAT
Imam Besar Masjid Putra,
Putrajaya