Setiap waktu solat, masjid di bandar sentiasa penuh termasuk sembahyang subuh. Yang menjadi persoalannya ke manakah perginya jemaah masjid di kampung?

Paling malang ada masjid di sesetengah kampung yang tidak mengadakan solat zuhur, asar dan subuh secara berjemaah dan hanya hidup pada waktu maghrib dan isyak kecuali ketika Ramadan.

Ada juga masjid bermasalah untuk mendirikan solat Jumaat kerana bilangan jemaah tidak mencukupi 40 orang seperti disyaratkan.

Sebenarnya menghidupkan rumah Allah adalah satu amanah bukan sahaja kepada penduduk Islam di kawasan itu tetapi juga imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid yang telah diberikan tanggungjawab dan elaun.

Dalam pada itu, saya berharap masjid baharu hendaklah lebih mesra orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu sarat mengandung. Pada masa sekarang, ada masjid yang dibina secara bertingkat-tingkat dengan tangga tinggi yang menyusahkan golongan berkenaan.

SYED ABDULLAH SYED
OSMAN JAMALULLAIL

Negeri Sembilan